? ??????????????Vibrant Swirls? ????? ?? ???Rating: 4.6 (61 Ratings)??16 Grabs Today. 17184 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Green Fumes? ????? ?? ???Rating: 4.3 (205 Ratings)??14 Grabs Today. 46291 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, November 29, 2008

Kebesaran Kasih Sayang Tuhan

“Wahai hati yang sedang merindui, apabila kita mencintai seseorang sebenarnya kita telah pun merelakan hati untuk dilukai, apabila kita telah menyayangi seseorang sesungguhnya kita telahpun membenarkan diri untuk dibenci. Apabila kita terlalu merindui seseorang kita telahpun bersedia untuk dilupakan meskipun amat terseksa tapi itulah hakikat hidup, pengajaran yang perlu dirasai bila kasih tak berbalas. Ada masanya kita tidak perlu lagi menoleh kebelakang andainya sejarah silam hanya melukakan hati namun ada ketikanya kita perlu mengingati biarpun terasa pedih kerana ada seseorang yang bermakna menghiasi pengalaman hidup yang pernah kita lalui. Ada masanya kita terpaksa lepaskan peluang yang lalu didepan mata, ada waktunya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang tak mungkin kita miliki, kerana selalunya hakikat hidup tak akan sama dengan kebetulan yang kadangkala tak disangka. Kadangkala apa yang kita inginkan tak akan sama dengan apa yang kita harapkan, adakalanya apa yang kita harapkan tak akan sama dengan apa yang kita impikan kerana impian hanyalah illusi, harapan hanyalah kemahuan yang cuba kita gapai, sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti. Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan, bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup, memberi kita kekuatan dan makna sesebuah perhubungan.”

0 comments: